Hajiji sah KM Sabah, Bung Moktar timbalan

Iklan
Hajiji mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri Sabah hari ini. - Foto Bernama

KOTA KINABALU - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Istiadat penyampaian watikah pelantikan jawatan dan mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri berlangsung di Istana Negeri di sini kira-kira jam 10.30 pagi.Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri dan turut memegang portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Iklan
Iklan

Bagi jawatan Timbalan Ketua Menteri II pula dipegang oleh Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Dr Jeffry Kitingan yang turut memegang portfolio Menteri Pertanian dan Perikanan.

Jawatan Timbalan Ketua Menteri III dipegang oleh Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam yang turut memegang portfolio Menteri Pembangunan Perindustrian.Seterusnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun dilantik sebagai Menteri Kerja Raya Sabah, manakala Setiausaha Agung PBS, Datuk Jahid Jahim pula memegang portfolio Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Iklan

Kedua-dua mereka berstatus Menteri Kanan Kabinet Sabah.

Selesai majlis Istiadat angkat sumpah, Hajiji dijangka akan mengadakan sidang akhbar di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Hajiji dipanggil menghadap TYT Sabah

Pelantikan Hajiji dibuat secara konsensus, kata Annuar Musa

Bung sokong Hajiji jadi KM Sabah