Pencegahan Penularan Covid19

Iklan
Papan tanda peringatan amalan norma baharu diletakkan di sebuah pusat membeli-belah sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19 ketika tinjauan hari ini. Semalam, sebanyak 115 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan membabitkan 112 kes penularan tempatan dan tiga kes import. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sudah menjangkau 11,034 kes dengan jumlah kes aktif 1,011 kes. Orang ramai diingatkan untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) atau amalan norma baharu seperti, pemakaian pelitup muka, sentiasa membersihkan tangan dengan sabun dan air atau cecair sanitasi dan juga menggunakan aplikasi MySejahtera apabila memasuki sesebuah premis. - Foto Bernama