BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas 320 guni mengandungi 19,200 kilogram (kg) biji kopi arabica selepas menahan sebuah kontena di Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini pada Jumaat lalu.
Pengarahnya, Zarina Ramli berkata, pemeriksaan mendapati biji kopi dari Papua New Guinea itu dipercayai cuba dibawa masuk ke negara ini tanpa mematuhi syarat Import Permit iaitu ketidakpatuhan Sijil Perakuan 3P (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan).