Di mana tanggungjawab ibu bapa selepas waktu sekolah?

Iklan
Respons NUTP terhadap nukilan seorang pembaca sebuah akhbar yang mempersoal pemantauan guru selepas waktu sekolah.

SHAH ALAM - Tanggungjawab ibu bapa selepas tamat sesi persekolahan patut dipersoalkan berbanding mempertikai di mana guru yang tidak memantau pelajar selepas waktu sekolah.

Setiausaha Agung NUTP, Leftenan Kol Bersekutu (PA) Harry Tan Huat Hock berkata, urusan antara guru dan pelajar hanya bermula di pintu pagar utama dan berakhir di tempat sama mengikut waktu ditetapkan.

Iklan
Iklan

"Tugas seorang guru adalah bermula sebelum fajar menyingsing lagi iaitu dengan berdiri dan menyambut kedatangan pelajar. Guru-guru akan memastikan suhu badan pelajar diambil setiap hari mengikut prosedur SOP ditetapkan

"NUTP ingin bertanya kepada masyarakat, di mana ibu bapa yang sepatutnya membawa anak-anak mereka pulang dan bukan melepaskan tanggungjawab tersebut kepada guru sahaja?," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Harry berkata demikian sebagai respons kepada surat pembaca dipercayai wanita sebuah akhbar bertajuk 'Di mana guru selepas waktu sekolah?' yang tular sejak semalam.

Menurutnya, guru turut bertugas membuat persediaan bagi menyambut kedatangan orang- kenamaan, pegawai dari kementerian, baiki kerosakan tandas, bumbung sekolah, perihal kantin sekolah dan pelbagai lagi demi keselesaan serta keselamatan pelajar ketika berada di sekolah.

Iklan

"Semasa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) rancak berjalan, guru-guru terpaksa menyelesaikan beberapa perkara penting seperti kes ponteng, disiplin pelajar, pelajar berkeliaran di sekolah, kes curi dan lain-lain lagi

"Apabila tamat waktu persekolahan, guru yang bertugas perlu berada di pagar sekolah bagi memastikan pelajar berjalan dan melintas jalan raya dengan selamat selain menenangkan keadaan apabila pelajar bergegas hendak pulang dari sekolah," katanya.