KOTA BHARU - Hanya kerana sekotak rokok, seorang lelaki sanggup bergelut hingga menyebabkan kematian.
Kejadian berlaku pada jam 5.20 pagi, Sabtu lalu di Kampung Chap Rimau, Tanah Merah itu apabila dia suspek terserempak dengan manngsa ketika menceroboh masuk ke rumahnya.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, ketika kejadian mangsa, Hamid Mat Salleh, 84, pergi ke bilik air yang terletak di luar rumahnya.
"Mereka bergelut apabila mangsa menyedari suspek masuk ke rumahnya.
"Mungkin suspek yang juga jiran mangsa tidak mahu membayar rokok yang diambil, jadi mangsa dipukul dipercayai dengan cangkul dan kuku kambing,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar, di sini, hari ini.