Pelajar asing cuba pukul polis, tendang pintu balai

Iklan
Warga asing berusia 24 tahun cuba memukul anggota polis menggunakan plat besi di belakang sebuah rumah di Jalan SS2/18, Petaling Jaya. Gambar kecil: Nik Ezanee Mohd Faisal

PETALING JAYA - Seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta ditahan kerana bertindak agresif dan cuba memukul anggota polis di belakang sebuah rumah di Jalan SS2/18 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sebelum tangkapan dibuat polis menerima panggilan berhubung seorang lelaki dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah tersebut pada jam 5.11 pagi.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati lelaki itu sedang menggoncang dan mengetuk pintu pagar setiap rumah di kawasan itu menggunakan satu plat besi

"Warga asing berusia 24 tahun itu kemudian cuba memukul anggota polis menggunakan plat besi tersebut," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Iklan

Menurutnya, polis terpaksa menggunakan kekerasan minimum untuk menahan lelaki itu yang turut mengakibatkan seorang anggota polis cedera," katanya.

"Dia dibawa ke balai polis, namun dia sekali lagi menjerit serta menendang pintu balai sehingga menyebabkan kerosakan pada bingkai pintu.

Iklan

"Saringan urin dilakukan mendapati dia positif dadah jenis ganja dan kini direman empat hari," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 353 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 90 Akta Polis 1967.