PM UK turun berat badan selepas sembuh Covid-19

Iklan
Boris Johnson.

LONDON - Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson hari ini mendedahkan beliau pernah obes ketika dijangkiti koronavirus (Covid-19) pada awal tahun lalu.

Bagaimanapun, keadaannya dikatakan bertambah baik selepas berjaya menurunkan berat badan.

Iklan
Iklan

"Saya rasa lebih sihat berbanding sebelum ini. Apabila berat anda mencecah 111 kilogram dengan ketinggian 178 sentimeter, ia sememangnya idea yang baik untuk turunkan berat badan," ujarnya.

Baru-baru ini, beliau dilihat berlari bersama seorang pelatih peribadi di sebuah taman berhampiran Downing Street.

Iklan

Difahamkan, ia bukan pertama kali Johnson berbangga dengan keadaan kesihatannya.

Menerusi wawancara pada Jun lalu, bekas Datuk Bandar London itu pernah melakukan 'push-up- untuk membuktikan kecergasannya.

Iklan

Ketika ini, UK berdepan lonjakan kes jangkitan Covid-19 hingga mencetuskan kebimbangan ahli Parlimen Konservatif.

Pandemik itu telah meragut 42,000 nyawa di negara itu dan merupakan angka tertinggi di Eropah. - AFP