Pupuk tanggungjawab menerusi CSR

Iklan
Mahasiswa Diploma Muamalat UiTM Puncak Alam mengutip kutip sampah di sekitar kawasan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.

PORT DICKSON - Seramai 28 mahasiswa Diploma Muamalat Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam menyertai program tanggungjawab sosial koporat (CSR) di Pantai Teluk Kemang, di sini.

Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Mohd Yusra Abdullah berkata, progam yang dikenali sebagai Oceanholic: Away from pollution towards sollution itu turut disertai seorang pensyarah.

Iklan
Iklan

Katanya, program yang dijalankan itu juga untuk menyempurnakan tugasan mahasiswa bagi mata pelajaran wajib Diploma iaitu Gelagat Pengguna Islam.

Mohd Yusra berkata, menerusi program itu juga mendekatkan hubungan antara masyarakat setempat dan mahasiswa UiTM Puncak Alam.

Iklan

Katanya, perjalanan pogram adalah lancar seperti yang dirancang pihaknya selain mendapat sambutan daripada masyarakat setempat.

"Semoga pogram ini menjadi kesinambungan kepada pogram-pogram khidmat sosial yang lain pada masa akan datang,"katanya.

Iklan