BAGAN DATUK - Jabatan Perikanan Perak menahan dua bot pukat tunda tempatan dan merampas 200kg pelbagai jenis ikan bernilai lebih RM1 juta di perairan Pulau Lalang di sini semalam.
Dalam pemeriksaan pada jam 8.40 hingga 9 pagi itu, kedua-dua bot berkenaan yang berada di kawasan perairan 0.7 dan 1.1 batu nautika dikesan menggunakan khidmat nelayan asing tanpa kebenaran.