Hampir sebulan Othman hilang

Iklan
Mangsa hilang, Othman Jamaluddin

KUANTAN - Polis meminta bantuan orang ramai bagi membantu mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 12 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, Othman Jamaluddin, 54, dari Kampung Semangat di sini keluar rumah kira-kira jam 11 pagi pada hari berkenaan dan gagal dikesan hingga kini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kehilangan Othman yang mengalami masalah mental itu disedari ahli keluarga pada hari berikutnya selepas dia tidak pulang ke rumah.

"Difahamkan ahli keluarga sudah mencarinya termasuk di hospital, namun lelaki itu gagal dikesan.

Iklan

"Susulan itu, salah seorang ahli keluarga membuat laporan polis berhubung kehilangan Othman pada 14 September lalu,” katanya.

Mohamad Noor berkata, pihak polis juga memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan mangsa.

Iklan

Orang ramai yang mempunyai maklumat, pernah ternampak lelaki itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mohd Sabri Samsuddin di talian 019-915 2879 atau waris mangsa, Zainal Abidin Jamaluddin (adik) di talian 019-989 3495.