Mangsa culik Abu Sayyaf terbunuh di Sulu

Iklan
Militan Abu Sayyaf -Foto Reuters

LAHAD DATU - Seorang nelayan warga Indonesia dikenali sebagai Laa Baa yang diculik bersama empat yang lain oleh kumpulan Abu Sayyaf pada Januari lalu, di perairan Tambisan, Tungku, di sini ditemui terbunuh di Patikul, Sulu, Filipina semalam.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk Ahmad Fuad Othman yang mengesahkan perkara itu berkata, ia berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada rakan sejawat di Filipina.

Iklan
Iklan

"Betul (mangsa terbunuh), kejadian berlaku pada 28 September sewaktu misi menyelamat lima mangsa culik oleh Tentera Filipina.

"Ketika misi itu, berlaku pertempuran berbalas tembakan dengan kumpulan Abu Sayyaf dan mayat mangsa dijumpai semalam," katanya kepada Bernama.

Iklan

Pada Januari lalu, Laa Baa, 32, merupakan antara lima nelayan warga Indonesia yang dilaporkan diculik di perairan Tambisan, Tungku, Lahad Datu.

Mangsa culik lain dikenali sebagai Arsyad Dahlan, 41; Riswanto Hayano, 27; Edi Lawalopo, 53, dan Syarizal Kastamiran, 29.

Iklan

Dalam pada itu, Ahmad Fuad berkata, empat lagi mangsa culik masih berada dalam tahanan kumpulan Abu Sayyaf.

--Bernama