Covid-19 berpotensi merebak lebih cepat di Selangor

Iklan
DR NOOR HISHAM ABDULLAH

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Nilai kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di Selangor meningkat kepada 1.95 melepasi paras kritikal iaitu 1.6 susulan peningkatan kes beberapa hari kebelakangan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebooknya berkata, jumlah kes baru harian dicatatkan antara 10 hingga 15 kes berbanding dua hingga tiga kes sebelumnya.

Iklan
Iklan

"Ia mengambil kira magnitud perubahan dan menunjukkan peningkatan risiko wabak yang lebih besar sekiranya langkah-langkah pencegahan kesihatan awam tidak diambil," katanya.

Menurutnya, biarpun mempunyai kes aktif melebihi 1,000, nilai Rt di Sabah telah stabil dengan kadar 1.26.

Iklan

"Ia masih merisaukan kerana ia melibatkan bilangan kes-kes baru harian yang tinggi. Nilai Rt mungkin meningkat jika kita tidak mengambil langkah-langkah intervensi kesihatan awam yang optima," katanya.

Beliau berkata, di Kedah pula nilai Rt yang direkodkan adalah 0.65.

Iklan

"Sejajar dengan penurunan kes di negeri Kedah, yang mencatat hanya dua kes dalam tempoh empat hari yang lepas, nilai Rt terkininya telah menurun dari >1 ke 0.65.

"Ini menggambarkan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang berkesan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, nilai Rt bagi Malaysia pula adalah 1.25.

"Adalah penting bahawa masyarakat perlu mematuhi SOP serta langkah-langkah intervensi yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia," katanya.