Suspek rogol pengantin baharu diberkas

Iklan
Pasukan polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

DUNGUN - Selepas tiga bulan berlalu, suspek kes rogol membabitkan seorang wanita yang juga pengantin baharu dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Paka berjaya diberkas.

Dalam kejadian 5 Oktober 2018, mangsa berusia 29 tahun dirogol oleh seorang lelaki bertopeng yang memecah masuk rumah sewanya.

Iklan
Iklan

Sewaktu kejadian mangsa yang bekerja sebagai tukang masak tidur bersendirian memandangkan rakan serumah sudah berhenti kerja, manakala suami yang baharu dikahwini beberapa bulan bekerja di Kuala Lumpur.

Kira-kira jam 5.40 pagi, seorang lelaki bertopeng dan hanya berseluar dalam memecah masuk dan merogol mangsa.

Iklan

Mangsa turut cedera di peha akibat terkena gunting ketika bergelut dan suspek turut membawa lari wang tunai sebanyak RM200 serta sebuah telefon bimbit milik wanita malang itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah berkata, suspek berusia 27 tahun di tangkap dirumahnya di kampung Limbong.

Iklan

"Pada 20 Januari lalu, sepasukan polis dari Balai Paka menyerbu rumah dan berjaya menahan suspek pada jam 11.30 malam.

"Suspek ditahan reman bermula 21 Januari sehingga sekarang.

"Pengadu dapat mengecam suspek berdasarkan bentuk badan dan rupanya," katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 392/397 dan 376 kanun keseksaan.

"Sampel DNA suspek telah diambil untuk tindakan lanjut dan rakaman percakapan telah diambil.

"Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa raya pada hari ini dan kita sedang menunggu arahan lanjut," katanya.