Empat Telco selesai isu liputan internet kampung kongsi 14
Iklan
CYBERJAYA - Empat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama iaitu Celcom, DiGi, Maxis dan U Mobile akan mendirikan menara pemancar sementara setinggi 30 meter bagi menyelesaikan isu liputan internet di Kampung Kongsi 14, Bukit Selambau, Kedah.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan hari ini berkata, keempat-empat rangkaian telekomunikasi berkenaan akan dapat diakses oleh penduduk, melalui teknologi perkongsian pemancar yang dikenali sebagai Multi-Operator Core Network (MOCN).
Iklan
Iklan
"Ini merupakan kali pertama penggunaan teknologi MOCN di Semenanjung Malaysia, yang menggabungkan keempat-empat syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi,” katanya.
MCMC berkata, kerja penyediaan tapak, pemasangan dan pengaktifan menara sementara itu, dapat diselesaikan dalam tempoh enam minggu selepas memperolehi kebenaran daripada Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP).
Iklan
"Penyedia perkhidmatan kini dalam proses menghantar permohonan kelulusan kepada MPSP,” katanya.
Menurut MCMC, penyelesaian itu dicapai hasil beberapa siri lawatan dan perbincangan antara MCMC, penyedia perkhidmatan dan penduduk, selain dibantu oleh Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia Kedah Wan Romani Wan Salim.
Iklan
Sebelum ini, media melaporkan ratusan penduduk di Kampung Kongsi 14 terpaksa mengambil inisiatif membina ‘menara telekomunikasi’ mereka sendiri menggunakan tiang, baldi dan tali, untuk menikmati kemudahan internet.- Bernama
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam