Ekonomi parah, pertempuran dan rasuah ketika Nigeria rai merdeka

Iklan
Gambar fail menunjukkan askar-askar Nigeria mengawal negeri Yobe yang menjadi sasaran serangan kumpulan Boko Haram. - Foto AFP

SELEPAS waktu tengah malam, bertempat di trek lumba kuda yang dijadikan dataran di Lagos, bendera baharu Nigeria berwarna putih dan hijau dinaikkan buat pertama kali bagi menggantikan bendera Union Jack.

Beberapa jam kemudian pada pagi 1 Oktober 1960, seorang wakil Ratu Elizabeth II menyerahkan perlembagaan Nigeria kepada Perdana Menteri baharu negara itu, Abubakar Tafawa Balewa.

Iklan
Iklan

"Ia merupakan keraian di seluruh negara," kata Tanko Yakasi, 93, yang menghadiri satu parti koktel pada waktu tengah hari yang dihoskan oleh Gabenor Jeneral, James Wilson Robertson ketika itu yang kemudian tidak lagi memegang jawatan berkenaan.

"Terdapat jangkaan tinggi dan kelas politik Nigeria amat percaya bahawa mereka akan mampu mengubah nasib negara itu menjadi lebih baik," ujarnya.

Iklan

Nigeria menjadi sebuah republik tiga tahun kemudian dengan Nnamdi Azikiwe menjadi presiden.

Simpanan minyak terbesar kemudian ditemui pada tahun 1956 dan membawa harapan kekayaan dan tuah kepada orang ramai.

Iklan

"Saya mengingati datuk saya menyatakan bahawa kehidupan menjadi senang ketika itu," kata Hamzat Lawal, 30, kepada AFP.

"Mereka tidak melalui rasa tidak selamat seperti hari ini, mereka mempunyai pekerjaan, mereka mempunyai gaya hidup yang sopan," tambahnya.

Bagaimanapun, bulan madu itu tidak kekal lama.

Enam bulan selepas kemerdekaan, Belawa dibunuh dalam satu rampasan kuasa dan tidak lama kemudian, Nigeria terjerumus ke dalam perang saudara yang menyebabkan lebih satu juta orang terkorban.

Selepas perang tamat, beberapa rampasan kuasa dan pemerintah diktaktor tentera berlaku di negara tersebut.

Bagi Yakasi yang bekerja dengan Shehu Shagari iaitu presiden yang dipilih secara demokratik pada tahun 1979, dekad-dekad pemerintah tentera di negara tersebut telah mengalami 'keruntuhan.'

"Terdapat perbezaan ketara dalam kalangan ketenteraan dan mereka terlibat dalam rampasan kuasa.

"Semua itu telah menjejaskan perkembangan dan pembangunan negara ini, ekonomi dan lain-lain," ujarnya.

Pemerintahan awam kembali semula di Nigeria pada tahun 1999, sekali gus membawa harapan bersama peralihan kerajaan yang aman apabila Muhammadu Buhari, seorang bekas ketua tentera negara menjadi Presiden pada tahun 2015.

Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari yang merupakan bekas ketua tentera mentadbir negara itu sejak tahun 2015. - Foto AFP

Ketika negara itu menjadi pengeksport kelapan terbesar minyak mentah di dunia, elit politik di Nigeria dituduh memperkayakan diri sendiri melalui hasil minyak.

Melihat kembali keadaan negara tersebut sejak merdeka, profesor sejarah, Olutayo Adesina, 46, memberikan gambaran bercampur-campur tentang Nigeria dengan beberapa kejayaan dan kelemahan yang banyak di negara berkenaan.

Penduduk paling ramai di Afrika itu telah menjadi kuasa 'kebudayaan' Barat apabila mempunyai industri filem kedua terbesar di dunia dan meraikan dan meraikan latar muzik.

Bagaimanapun, negara yang terbentang meluas dari tepi Lautan Atlantik hingga ke kawasan kontang Sahel pernah mengalami kadar kemiskinan tertinggi di dunia, menurut Waktu Kemiskinan Dunia, sebuah pangkalan data yang ditubuhkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Makmal Data Dunia berpangkalan di Vienna.

Bagi Adesina dan kebanyakan orang lain, politik dan rasuah dipersalahna ekoran keadaan di Nigeria ketika ini.

"Sebanyak 99.9 peratus ahli politik Nigeria (sebenarnya) tidak memasuki dunia politik kerana mereka ada sesuatu yang hendak ditawarkan kepada orang ramai yang bukannya mentega pada roti mereka (penduduk) tetapi untuk kepentingan diri mereka," kata pensyarah universiti itu.

Peguam Negara negara itu sebelum ini menganggarkan bahawa para pegawai yang melakukan rasuah dan bersubahat dengan firma-firma multinasional telah mencuri sebanyak AS$400 bilion (RM1.6 bilion) selama bertahun-tahun.

"Bagi saya, ia mengecewakan dan sejumlah besar orang pada peringkat umur saya dan yang lebih muda juga berasa kecewa," tambah Lawal.

Dia menubuhkan sebuah pertubuhan anti-rasuah di Nigeria yang dikenali sebagai Follow the Money.

Presiden negara itu, Muhammadu Buhari, 77, berjanji untuk memerangi rasuah tetapi ia hanya mempunyai beberapa kejayaan sahaja.

Indeks persepsi rasuah terbaru pertubuhan Transparency International menunjukkan kedudukan negara itu jatuh dari tempat ke-146 kepada tangga ke-180 iaitu ranking paling rendahnya.

"Situasi yang malang Nigeria pada hari ini ialah dalam politik, orang (yang terlibat dalam dunia politik) mendapat kuasa untuk menjadikan diri mereka kaya bukannya negara. Inilah masalah kami," kata Yakasi.

Tambahan pula, pendapatan minyak yang merosot menyebabkan kemelesetan ekonomi yang pertama dihadapi negara tersebut dalam tempoh lebih suku abad pada tahun 2016.

Penularan pandemik koronavirus (Covid-19) telah menyebabkan negara tersebut terus mengalami kemelesetan untuk tahun ini.

Kemelesetan ekonomi melanda Nigeria berikutan harga minyak jatuh dan pandemik koronavirus (Covid-19) yang masih belum reda, - Foto AFP

Di bahagian timur laut negara itu, kumpulan jihad telah membunuh lebih 36,000 orang dalam tempoh sepuluh tahun menyebabkan kira-kira 2.4 juta orang menjadi pelarian.

Di tengah Nigeria dan barat laut negara tersebut pula, pertempuran berlaku antara etnik melibatkan para petani Kristian dan pengembala Muslim Fulani.

"Perbalahan etnik disemai sebelum (negara ini) merdeka lagi. Namun, apabila Brtish menyerahkan kuasa, mereka menubuhkan apa yang dipanggil sistem pecah dan perintah," kata Adesina.

Pihak British mengatur negara itu mengikut tiga wilayah secara geografi iaitu bahagian barat dikawal oleh etnik Yoruba, etnik Igbos mengawal bahagian timur dan Hausa-Fulanis di bahagian utara.

Pembahagian kuasa itu mencetuskan ketegangan yang berterusan sehingga ke hari ini.

Sebaliknya, pada sambutan Hari Kemerdekaan 1 Oktober ini, sekumpulan kecil etnik puak pemisah Igbo dan aktivis Yoruba merancang mengadakan protes pada tahun ini.

Kumpulan pemisah"Penduduk Asli Biafra' mengisytiharkan akan melakukan protes duduk di rumah bagi membantah pembunuhan dan tadbir urus yang teruk manakala kumpulan 'Satu Suara Yoruba" pula akan mengadakan satu perhimpunan 'penentuan nasib sendiri'.

Sambutan hari kemerdekaan tahun ini akan diadakan dengan menggunakan slogan 'Bersama Kita Pada 60 tahun'.

Bagi meraikan majlis itu, terdapat perarakan di ibu kota dan kehadiran sebuah barisan kawalan hormat tetapi majlis tersebut berprofil rendah disebabkan oleh pandemik Covid-19. - AFP