PUTRAJAYA - Bijak dan licik dalam menggunakan undang-undang bagi melepaskan diri daripada dikenakan tindakan, selain penggunaan teknologi bagi mengelakkan sesuatu kegiatan dikesan menjadi cabaran yang dihadapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menangani isu rasuah dan salah laku pada era moden ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, perkara itu merupakan antara cabaran terkini yang dihadapi agensi penguat kuasa rasuah itu yang telah beroperasi sejak 53 tahun lalu.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, jenayah rasuah dahulu lebih ‘straight forward’ dan tidak sama berbanding sekarang kerana mereka ini sentiasa mempunyai jalan untuk mengatasi tindakan perundangan.
"Sebab itu saya selalu menggunakan perkataan bahawa rasuah ini adalah jenayah ekonomi. Apabila bercakap tentang jenayah ekonomi, mereka yang terlibat dalam rasuah ini mempunyai pelbagai cara, dengan memikirkan bagaimana untuk mengatasi undang-undang atau sistem yang ada.
"Untuk menanganinya, kita perlu mengesan lebih dalam lagi (kegiatan rasuah) kerana (dahulu) mungkin kita nampak seorang itu lakukan rasuah melalui gaya hidupnya, (tapi) sekarang, kehidupannya kita nampak telah berlaku rasuah, namun undang-undang mahu kami buktikan dari mana punca rasuah itu berlaku,” katanya sempena Ulang Tahun SPRM ke-53 yang akan disambut hari ini.- Bernama