Kebakaran di California Utara ragut empat lagi nyawa

Iklan
Api yang marak dan asap tebal memaksa penduduk berhampiran lokasi kebakaran dipindahkan.

SAN FRANCISCO - Kebakaran di California Utara meragut empat lagi nyawa selain memaksa penduduk berpindah, lapor agensi berita Xinhua memetik Jabatan Perhutanan dan Pencegahan Kebakaran California (Cal Fire) pada Rabu.

Mangsa yang maut itu dilaporkan di daerah Shasta yang turut menyebabkan hampir 52,000 ekar tanah musnah, kata Cal Fire pada pagi semalam.

Iklan
Iklan

Sementara, kebakaran di daerah Sonoma dan Napa pula memusnahkan sekitar 2,000 ekar tanah.

Api yang marak dan asap tebal memaksa penduduk berhampiran lokasi kebakaran dipindahkan.

Iklan

Lima orang ditahan kerana berada di zon larangan, kata Syerif daerah Sonoma Mark Essick.

Sebanyak 115 bangunan musnah termasuk 80 rumah dan sejumlah besar kilang anggur.

Iklan

Turut diancam kawasan di Santa Rosa, yang pernah mengalami kemusnahan teruk akibat kebakaran pada 2017.

Kebakaran dijangka bertambah buruk memandangkan tiupan angin dan suhu panas pada hari ini.

Perkhidmatan Cuaca Nasional turut mengeluarkan amaran bahaya tahap merah di kawasan pergunungan di Teluk Utara, mulai petang ini. - Bernama