IPOH - Pengerusi BN Perak, Datuk Saarani Mohamad dicabar mendedahkan secara terbuka nama pemimpin PH yang didakwa cuba menggulingkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Ketua Penerangan PKR Perak, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, ia bertujuan membuktikan sejauh mana kebenaran dakwaan Saarani bahawa terdapat Exco Kerajaan Negeri menghubungi Adun BN dan memberi pelbagai tawaran kepada mereka.
"Setelah hampir beberapa lama isu ini dianggap selesai oleh rakyat ia sekali lagi timbul dan menjadi perhatian umum apabila beberapa hari lalu rakyat dihidangkan dakwaan Saarani berhubung dakwaan cubaan menggulingkan Menteri Besar.
"Oleh itu saya mencabar dan meminta Saarani untuk menamakan sebarang individu yang melakukan kerja terkutuk ini sekiranya ia benar-benar berlaku secara terbuka.
"Ini kerajaan yang terbina dengan kepercayaan rakyat dan rakyat bukan mahu dihidangkan dengan berita mainan pemimpin politik semata-mata," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Adun BN dipujuk singkir MB Perak ]
Siti Aishah turut mencadangkan kepada kepimpinan PH supaya mengambil tindakan undang-undang kepada Saarani sekiranya beliau gagal membuktikan dakwaannya itu.
"Ia untuk membuktikan kepada rakyat Perak bahawa isu ini hanyalah isu yang dimainkan oleh Umno bagi mengalih perhatian rakyat kepada soal pentadbiran kerajaan PH Perak yang kini komited memastikan hak dan kebajikan rakyat berjalan dengan baik di bawah pimpinan Ahmad Faizal.
"Kepada kepimpinan PH yang menerajui kepimpinan negeri suka saya mengingatkan bahawa ini adalah masa untuk kita melakukan sehabis baik, khidmat kita kepada rakyat dan bukan kekal berfahaman sebaliknya. Ini kerajaan yang didirikan atas semangat pasukan dan biar ia kekal berterusan," katanya.
Semalam, Saarani melaporkan terdapat beberapa Adunnya dipujuk individu di dalam PH bagi menyokong usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Faizal.
Menurut Saarani lagi, sekurang-kurangnya lima Adun BN sudah dihubungi secara berasingan oleh lebih dari seorang individu berjawatan Exco Perak untuk tujuan tersebut dengan pelbagai tawaran.