Peniaga barangan antik, Mohamad Anwar Abdul Razak menyusun barangan antik di pasar lambak Lorong Kulit, Georgetown. Sebanyak 300,000 barangan koleksi antik simpanan beliau dari negara Asia kini dijual di pasar lambak Lorong Kulit atau lebih dikenali sebagai Rope Walk pada musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menurut Mohamad Anwar, koleksi barangan tersebut dikumpul oleh bapanya Abdul Razak Shaik Daud,76, bersama beliau sejak 30 tahun lepas. Barang-barang antik tembaga berkenaan dibeli dari India, Indonesia, Kemboja, Thailand dan Malaysia. Barang-barang antik yang dijualnya berusia lebih 200 tahun dan harga yang dijual adalah di antara RM10 hingga berpuluh ribu RM. Pasar lambak Lorong Kulit itu merupakan pasar karat terbesar di Pulau Mutiara yang menjual barangan antik, keperluan dan kelengkapan rumah dan menjadi tumpuan pelancong tempatan dan asing. - Foto Bernama
Pasar Lambak Lorong Kulit
Iklan