Lelaki Bangladesh pakai gelang hijau bukan pesakit Covid-19

Iklan
Lelaki warga Bangladesh memakai gelang berwarna hijau didakwa positif Covid-19.

SEREMBAN - Polis menafikan dakwaan tular berkenaan seorang lelaki warga Bangladesh yang memakai gelang berwarna hijau dikesan di Terminal One Seremban di sini adalah pesakit koronavirus (Covid-19).

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komersional Mohd Said Ibrahim berkata, orang ramai diminta berhenti menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung lelaki itu.

Iklan
Iklan

"Kita telah membuat pemeriksaan ke atas lelaki berusia 31 tahun itu bersama-sama kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan lebih kurang jam 9.30 pagi tadi.

"Jabatan kesihatan telah mengesahkan gelang hijau yang dipakainya bukanlah yang dikeluarkan oleh jabatan kesihatan dan dia juga bukan merupakan pesakit dalam pemantauan (PUI) Covid-19," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Iklan
Mohd Said

Mengulas lanjut, beliau berkata, lelaki berkenaan kini ditahan di bawah Akta Imigresen kerana gagal menunjukkan pasport semasa pemeriksaan dijalankan.

"Orang ramai diingatkan supaya tidak sebar maklumat tidak sahih di media sosial sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang awam.

Iklan

"Tindakan tersebut boleh didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998," katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman suara wanita yang mendakwa seorang lelaki Bangladesh memakai gelang berwarna hijau positif Covid-19 merayau-rayau di Bahau sebelum menaiki bas ke Seremban dan berada di Terminal One, Seremban.

Sementara itu, melalui rakaman sama juga turut meminta orang ramai supaya tidak ke Bahau bagi mengelakkan wabak tersebut merebak.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu pakai gelang kuarantin tidak dibenar keluar rumah