Polis berkas dua ah long ugut warga emas

Iklan
Nik Ezanee

PETALING JAYA - Dua lelaki yang juga ah long diberkas kerana disyaki bertindak agresif mengugut seorang warga emas di sebuah rumah di Desa Menteri, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dua suspek berusia 33 dan 36 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Baru, Puchong, pada jam 7.30 malam, semalam.

Iklan
Iklan

"Kedua-dua suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang Berlesen 1952," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 4.10 petang, lelaki warga emas berusia 63 tahun itu mendakwa dua suspek itu datang ke rumahnya untuk mengutip hutang anak mangsa sebanyak RM2,000.

Iklan

Salah seorang suspek bertindak agresif dengan mengugut akan membunuh salah seorang ahli keluarga mangsa jika hutang tersebut tidak segera diselesaikan.

Suspek mengambil beberapa barangan peribadi milik anak mangsa seperti telefon bimbit, kad pengenalan mangsa, kad pengeluaran tunai, lesen memandu dan wang tunai RM60.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan warga emas diugut simbah asid