Syria-Iran tandatangan perjanjian ekonomi

Iklan
Perdana Menteri Syria Imad Khamis (kanan) dan Naib Presiden Pertama Iran, Eshaq Jahangiri, menandatangani perjanjian ekonomi jangka panjang. - FOTO AFP

DAMSYIK - SYRIA. Syria dan Iran menandatangani 11 perjanjian dan memorandum persefahaman termasuk perjanjian kerjasama ekonomi jangka panjang bertujuan mengukuhkan kerjasama kedua-dua negara.

Menurut agensi berita Sanaa, perjanjian terbabit meliputi pelbagai bidang termasuk ekonomi, pendidikan, infrastruktur, pelaburan dan perumahan.

Iklan
Iklan

Perjanjian berkenaan ditandatangani ketika lawatan Naib Presiden Pertama Iran, Eshaq Jahangiri ke Damsyik.

Sementara itu, Perdana Menteri Syria Imad Khamis berkata, perjanjian terbabit merupakan mesej kepada dunia tentang hakikat sebenar kerjasama Syria-Iran.

Iklan

Terdahulu, kedua-dua negara sekutu terbabit telah menandatangani perjanjian kerjasama tentera pada Ogos lalu, malah Teheran turut membantu Damsyik ketika konflik ekonomi melalui penghantaran minyak dan pemberian kredit.

Perjanjian terbaharu itu dibuat susulan tekanan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran, di saat rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad dan beberapa tokoh perniagaannya telah disenarai hitam AS dan negara Eropah.- AFP

Iklan