KLANG - Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Penggerak Komuniti Negara membuat laporan polis terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya memperoleh majoriti mencukupi untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional yang didakwa berbaur hasutan.
Naib Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Selangor, D Nallan berkata, tindakan Ahli Parlimen Port Dickson membuat pengumuman itu juga didakwa mendahului Yang di-Pertuan Agong dan bertentangan dengan perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.