Covid-19: Dua kelas SK Putrajaya Presint 8 (1) ditutup

Iklan
Dua kelas di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) ditutup selama 14 hari bermula semalam berikutan terdapat jangkitan koronavirus (Covid-19).

PUTRAJAYA- [DIKEMASKINI] Dua kelas di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1), dekat sini ditutup selama 14 hari bermula semalam berikutan terdapat jangkitan Covid-19.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim kepada Sinar Harian sebentar tadi.

Iklan
Iklan

"Dua kelas di SK Presint 8(1) ditutup," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, dua kelas yang diarah tutup itu membabitkan masing-masing satu prasekolah dan darjah satu.

Iklan

"Ia ditutup bermula 1 hingga 14 Oktober," katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial seorang kakitangan sekolah berkenaan dan anaknya darjah satu disahkan positif Covid-19.

Iklan

Ia dipercayai mendapat jangkitan daripada suaminya yang pulang dari Sabah.

Semalam Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan terdapat kluster Covid-19 dikenalpasti di Putrajaya.

Ia digelar sebagai Kluster Selasih yang melibatkan kes indeks berusia 37 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Kota Kinabalu, Melangkap dan Kundasang, Sabah pada 13 hingga 27 September.

ARTIKEL BERKAITAN: Staf positif Covid-19, sebuah Tabika Kemas di Terengganu ditutup

Guru SK Permatang Janggus positif Covid-19