PELAKON Shima Anuar berkongsi perasaan sedih apabila anak perempuannya, Marian Sophia, 2, dimasukkan ke hospital akibat demam panas sejak tiga hari lalu.
Apa yang lebih meresahkan pelakon ini apabila dia tidak dapat menemani anaknya itu sepanjang masa kerana sedang menjalani penggambaran di Pulau Pinang.
Iklan
Iklan
"Dah tiga hari dia demam. Bagi ubat pun still sama. Temperature badan dia dah sampai 40. Now she is in the hospital. Get well soon sayang.
"Now I feel bad sangat bila anak sakit but I’m not around. I’m sorry sayang mommy. Habis shoot mommy terus balik ok? Please pray for Sophia guys. Hopefully nothing serious. Sebab dia tak pernah sakit. Risau gila now,” ujar Shima.
Bagaimanapun Shima berusaha untuk berulang alik antara Pulau Pinang ke Kuala Lumpur untuk melihat perkembangan cahaya matanya itu.
"Saturday 4am, KL-Penang.. Sunday 4am, Penang-KL.. Kejap lagi 4 petang, KL-Penang balik.. KL-Penang dah macam sebelah rumah. Told you, I’ll always be there for you rite? Get well soon sayang mommy,” luahnya di laman Instagram.
Shima yang kini sedang hamil anak kedua mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada April 2017.