Geng 'Gi Mekoh Nga Mutor' selamat tiba di tanah air

Iklan
Dua dari kiri, Mohd Zalani, Mohd Fadhli dan Diami disambut meriah oleh rakan-rakan ahli kelab motosikal di ruang legar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra hari ini.

KOTA BHARU – Tiga sahabat yang melakukan ekspedisi Gi Mekoh Nga Mutor selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, jam 3.30 petang tadi.

Tiga sahabat itu, Diami Yusoff, 60; Mohd Zalani Zulkifli, 64; dan Mohamad Fadhli Ab Rashid, 40, disambut kira- kira 50 orang ahli kelab motosikal bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Wan Ruslan Wan Hamat, Ahli Parlimen Pasir Mas; Ahmad Fadhli Shaari dan Pengarah Tourism Malaysia Negeri Kelantan, Hafiz Hazin.

Iklan
Iklan

Ketua ekspedisi, Diami Yusoff atau lebih dikenali sebagai Abang Mat berkata, mereka amat bersyukur kerana selamat tiba di tanah air jam 7 pagi tadi.

Mereka tiba selepas 87 hari menaiki motosikal kapcai merentasi beberapa buah negara iaitu Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Iran, Emiriyah Arab Bersatu sebelum tiba di Arab Saudi.

Iklan

"Alhamdulillah semuanya dipermudahkan walaupun terdapat beberapa kesukaran sepanjang perjalanan kami lebih 14,000 kilometer ini.

"Antara pengalaman yang tak dapat kami lupakan ialah bila berdepan ribut pasir dan cuaca sejuk melampau di beberapa negara seperti Pakistan dan Arab Saudi. Namun dengan izin ALLAH SWT kami berjaya harungi semuanya untuk sampai ke Tanah Suci,” katanya ketika ditemui media di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra hari ini.

Iklan