Angka kematian insiden empangan runtuh di Brazil cecah 65 orang

Iklan
Pasukan penyelamat bertungkus-lumus dalam operasi mencari mangsa. - Foto AFP

BRUMADINHO - BRAZIL.Angka kematian insiden empangan runtuh di Brazil meningkat kepada 65 orang, manakala 279 yang lain masih hilang, menurut data rasmi terbaharu, semalam.

Ratusan anggota tentera Brazil dan pasukan penyelamat luar berkerjasama dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa di lokasi kejadian terletak di bandar Belo Horizonte, negeri

Iklan
Iklan

Minas Gerais.

Jurucakap Pasukan Bomba Minas Gerais berkata, pihaknya masih meneruskan usaha mencari mangsa, namun pada masa sama turut mengakui peluang untuk menemui mangsa yang masih hidup susulan tragedi pada 25 Januari lalu adalah amat tipis.

Iklan

Sementara itu, Naib Presiden Hamilton Mourao, berjanji akan menyiasat insiden terbabit dan membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Mourao turut berkata, satu kumpulan penyiasat kerajaan akan mengkaji permasalahan yang dihadapi pengurusan syarikat Vale, yang juga pemilik empangan terbabit. - Reuters

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Angka kematian empangan runtuh di Brazil meningkay 34 orang