Selangor bantu KKM laksana saringan bersasar

Iklan
AMIRUDIN

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan melaksanakan proses saringan bersasar Covid-19 secara percuma buat rakyat negeri ini yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, saringan ini akan dilaksanakan melibatkan individu yang mempunyai rekod perjalanan ke Sabah antara 20 hingga 26 September lepas.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, proses saringan ini boleh dilakukan di semua cawangan Selcare Clinic, milik anak syarikat kerajaan Selangor dengan pembuktian dokumen penerbangan pulang dari Sabah serta rekod pemastautin tetap di negeri ini (bil air, bil eletrik, dan lain-lain).

"Orang ramai diminta hadir ke klinik yang terdekat atau layari https://selcareclinic.com/our-clinics/ bermula Ahad, 4 Oktober.

Iklan

"Aturan khas turut disediakan untuk saringan dilakukan di dewan orang ramai di daerah Kuala Selangor pada suatu tarikh dan lokasi yang akan dimuktamadkan kemudian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, waktu operasi Bilik Gerakan Covid-19 di Bilik Gerakan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) juga akan dilanjutkan sehingga jam 7 malam berbanding waktu sebelum ini.

Iklan

Selain itu, beliau berkata, sebarang persidangan dan perhimpunan secara beramai-ramai juga adalah tidak digalakkan malah had maksima pada satu-satu masa juga adalah seramai 250 orang.

"Restoran yang berkonsepkan bar di seluruh negeri ini juga dihadkan operasi sehingga 11 malam sahaja berkuat kuasa esok (hari ini).

"Kegagalan pematuhan arahan ini akan membolehkan lesen perniagaan mereka dibatalkan pada kadar serta-merta," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga akan mewujudkan empat pusat tahanan sementara pendatang asing tanpa izin (PATI) di beberapa lokasi yang bersesuaian bagi mengurangkan risiko kepada petugas barisan hadapan.

"Selangor pernah mencatatkan nilai kes yang tinggi semasa awal pandemik ini, namun kita berjaya mengawalnya.

"Ini membuktikan bahawa kaedah kita sebelum ini adalah berkesan sekiranya ia disokong penuh oleh masyarakat," katanya.