PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengakui kecewa selepas pasukannya tewas penentuan sepakan penalti kepada Arsenal dalam aksi pusingan keempat Piala Liga di Anfield awal pagi tadi.
Menurutnya, kegagalan para pemainnya menjaringkan gol menyaksikan pasukannya gagal melangkah ke pusingan seterusnya sama seperti yang terjadi pada saingan musim lalu terkandas di pusingan keempat di tangan Arsenal.
"Sekiranya ada pemenang dalam tempoh 90 minit semestinya kami tetapi kami tidak berada di alam mimpi dan perlu menjaringkan gol.
"Saya menyukai banyak perkara yang pemain tonjolkan dalam perlawanan ini. Ia satu persembahan yang baik dengan banyak peluang jaringan berjaya dilakukan, tetapi hanya gagal jaringkan gol.
"Saya sedikit kecewa. Sepakan penalti sudah tentu satu perkara yang sukar, semua orang tahu," katanya.
Dalam perlawanan itu, Klopp menurunkan ramai pemain simpanan dengan Neco Williams, Marko Grujic, Curtis Jones dan Diogo Jota berada dalam kesebelasan utama.
Beberapa peluang keemasan dimiliki The Reds, namun gagal disudahkan dengan baik dan terpaksa menanggung kekalahan selepas tewas 4-5 dalam penentuan sepakan penalti.
Dalam masa sama, Klopp mengakui berpuas hati dengan gabungan pemain muda dan senior yang diturunkan dalam perlawanan tersebut.
"Saya sangat suka dengan apa yang dipamerkan pemain. Ada banyak permainan individu yang bagus cuma kita kekurangan dari segi hantaran akhir dan gol," katanya.