PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara membabitkan koronavirus (Covid-19) di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Mesyuarat itu dihadiri Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin serta menteri-menteri berkaitan.