Tutup tol, turun harga minyak bukan formula tapi janji PH

Iklan

SHAH ALAM -"Itu bukan formula tapi itu janji PH semasa PRU14. Dalam manisfesto, mereka berjanji untuk hapus tol dan turunkan harga minyak,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin

Menurutnya, sepatutnya sudah lama PH melaksanakan ‘formula’ tersebut kerana dua perkara tersebut adalah antara manifesto dilaungkan PH dalam PRU14 pada Mei tahun lepas.

Iklan
Iklan

Malah, beliau tidak menolak BN mungkin menjadikan dua isu tersebut sebagai modal kempen kelak apatah lagi jika PH gagal menunaikan janji mereka menutup tol dan menurunkan harga minyak.

"Kita nak tuntut janjinya, bukan Umno sahaja tapi semua rakyat sebab itu yang dijanjikan.

Iklan

"Kalau nak tutup tol, janganlah tutup di Semenyih sahaja, kenalah tutup di kawasan lain. Tutuplah di satu Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Shakar bekata demikian ketika mengulas formula tersendiri Tan Sri Dr Rais Yatim untuk PH mengekalkan kerusi Dun Semenyih dalam PRK pada Mac depan.

Iklan

Dalam pada itu, Mohd Sharkar melaungkan keyakinan trend kemenangan BN di PRK Parlimen Cameron Highlands akan berterusan di PRK Dun Semenyih pula.

"Cameron Highlands merupakan referendum rakyat. Rakyat rasa bosan selepas sembilan bulan, dulu bulan-bulan awal mungkin rakyat beri peluang lagi tapi selepas sembilan bulan tak nampak apa pun dilakukan PH.

"Segalanya yang dijanjikan tidak dilaksanakan dan banyak benda yang dulunya ada tapi sekarang tiada. Jadi rakyat meluahkan perasaannya, membuang undi dan memberikan kepercayaan kepada BN, mengundi calon BN

"Saya cukup yakin trend sama akan berlaku di PRK Dun Semenyih,” ujarnya.

Semalam, Rais yang juga Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan berkata, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan gabungan itu dalam strategi untuk mempertahankan kerusi berkenaan daripada jatuh ke tangan BN.