Penduduk Tawau dimohon patuhi janji temu hospital

Iklan
Masyarakat di Tawau yang mempunyai janji temu rawatan di Hospital Besar Tawau diminta mematuhi tarikh dan masa yang ditetapkan oleh pihak hospital. Foto 123RF

TAWAU - Masyarakat di daerah ini yang mempunyai janji temu rawatan di Hospital Besar Tawau diminta mematuhi tarikh dan masa yang ditetapkan oleh pihak hospital.

Pegawai Jabatan Penerangan Tawau Busmin Brahim berkata, perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di sini hari ini.

Iklan
Iklan

"Mesyuarat memohon agar dihebahkan kepada penduduk.

"Orang ramai yang mempunyai janji temu di hospital diharap benar-benar mematuhi tarikh dan masa yang telah ditetapkan untuk mengelak kesulitan memandangkan situasi semasa koronavirus (Covid-19) yang masih belum pulih," katanya. - Bernama

Iklan
Iklan