1,890kg ayam seludup dirampas

Iklan
Ayam sejuk beku dari Thailand yang cuba diseludup dirampas dalam serbuan sepasukan PGA Batalion 7 Kuantan di Jalan Lati ke Chicha Tinggi, Rantau Panjang pada malam tadi.

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan merampas sebanyak 1,890 kilogram (kg) ayam sejuk beku bernilai RM18,900 yang cuba diseludup ke negara ini di sini malam tadi.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, sepasukan anggota yang sedang melakukan rondaan telah mengesan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Lati ke Chicha Tinggi dekat sini.

Iklan
Iklan

"Anggota PGA telah bertindak menahan kenderaan tersebut, bagaimanapun pemandu itu melarikan diri ke dalam semak berhampiran," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu, pihaknya menemukan sejumlah 1,890kg ayam sejuk beku yang dipercayai diseludup dari Thailand.

Iklan

Kata Azhari, rampasan itu dianggarkan berjumlah RM43,900 termasuk nilai kenderaan yang dirampas.

Jelasnya, kesemua barangan rampasan telah diserahkan ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Iklan

"Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011," katanya.