108,041 permit umrah dikeluarkan

Iklan
Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci mengesahkan ia bersedia menerima para jemaah umrah di bawah fasa pertama tersebut. - Foto: Agensi

MAKKAH - Sebanyak 108,041 permit dikeluarkan untuk bakal jemaah umrah sejak pelancaran aplikasi Eatmarna pada 27 September hingga 1 Oktober lalu.

Perkara itu diumumkan berdasarkan statistik rasmi dimaklumkan Kementerian Haji dan Umrah.

Iklan
Iklan

Difahamkan, warga tempatan diberikan sebanyak 42,873 permit manakala ekspatriat memperoleh 65,168 permit untuk mengerjakan umrah.

Kira-kira 16,000 jemaah mendaftar untuk menunaikan umrah pada aplikasi itu pada jam pertama pelancarannya dan angka itu mencecah 309,686 orang menjelang akhir minggu pertama sejak Eatmarna dilancarkan.

Iklan

Data itu juga menunjukkan individu yang berusia lebih 60 tahun mewakili peratusan tertinggi sebanyak 35 peratus yang mendaftar menerusi aplikasi itu.

Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci memaklumkan beberapa senario telah dilaksanakan untuk memastikan pergerakan teratur para jemaah di Masjidil Haram.

Iklan

Menurutnya, fasa pertama yang bermula esok akan berlangsung selama 13 hari sebelum disusuli dengan fasa kedua dan fasa ketiga yang membenarkan warga asing mengerjakan ibadah umrah. - Agensi