PADANG BESAR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang berusaha meningkatkan keselamatan siber secara berfasa untuk membendung kegiatan penggodam, penipu dan pencuri data peribadi.
Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, kes penipuan siber dan jenayah komersial yang direkodkan di seluruh Malaysia dilihat amat membimbangkan kerana ia bukan hanya melibatkan golongan kanak-kanak dan belia, malah golongan berjawatan tinggi, profesional serta berpendidikan tinggi.