ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan proses sanitasi awam di Penjara Alor Setar di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sanitasi awam pandemik koronavirus (Covid-19) dilakukan selama satu jam melibatkan enam anggota bomba.
Iklan
Iklan
"Proses sanitasi bermula jam 4.30 hingga 5.30 petang itu melibatkan empat ruang Pejabat Tingkat 1 dan 2 penjara tersebut.
"Antara kawasan lain disanitasi adalah bahagian luar penjara menggunakan bahan kimia, sodium hypoclorite," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kluster Tembok dikesan di Penjara Alor Setar itu melibatkan sejumlah 128 kes positif Covid-19 yang terdiri daripada tahanan dan warden penjara.