PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum bercadang untuk mengesyorkan penutupan sekolah di seluruh negara meskipun kes positif pandemik koronavirus (Covid-19) menunjukkan peningkatan mendadak ketika ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, semua pihak termasuk guru dan pelajar perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Iklan
Iklan
"Kalau sekolah tersebut ada jangkitan contohnya kita lihat dulu, sebelum ini di Kluster Tawar ada seorang guru terlibat positif dan guru itu telah kembali ke sekolah dan ada jangkitan berlaku barulah disyorkan tutup sekolah.
"Tetapi setakat ini (KKM) tidak disyor penutupan sekolah, aktiviti tetap boleh berjalan tetapi kena berhati-hati dan patuh SOP," katanya pada sidang media berhubung situasi semasa jangkitan penyakit Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada KKM bercadang mengesyorkan penutupan sekolah di seluruh negara susulan peningkatan mendadak kes Covid-19.