SELANGOR mengutip tiga mata berharga selepas melakar kemenangan besar 7-0 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi CIMB Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.
Penyerang import, Ifedayo Omosuyi meledak gol pembukaan Gergasi Merah pada minit ke-19 sebelum Sean Selvaraj menambah dua lagi gol dalam tempoh lapan minit (26 dan 33) untuk meletakkan Selangor selesa mendahului 3-0 sebaik tamat babak pertama.
Iklan
Iklan
Sejurus babak kedua bersambung, Selangor terus mengasak kubu PDRM sebelum Brendan Gan mencetak namanya selaku penjaring dengan gol keempat pada minit ke-69.
Berselang lima minit kemudian, kem Selangor terus berpesta apabila Ifedayo menyumbat gol kelima yang juga jaringan kedua peribadinya pada perlawanan tersebut.
Pemain pertahanan, Safuwan Baharudin mengukuhkan cengkaman Gergasi Merah dengan gol keenam pada minit ke-80 sebelum penyerang import, Rufino Segovia menambah gol ketujuh Selangor tiga minit kemudian.
Kemenangan itu menyaksikan Selangor mengumpul 14 mata hasil tiga kemenangan, lima kali seri dan dua kekalahan.
Artikel Berkaitan