Lori tangki terbalik: Lorong laju lebuh raya dibuka sementara

Iklan
Lencongan ke jalan utama oleh pihak petugas Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

BENTONG - Lorong laju laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur dari Kilometer (KM) 43.2 dekat Bukit Tinggi di sini telah dibuka sementara kira-kira jam 6.46 pagi tadi untuk memberi laluan kepada pengguna lebuh raya terbabit.

Menurut kenyataan media dikeluarkan Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Anih Berhad, laluan itu dibuka susulan insiden sebuah lori tangki tertumpah muatan bahan kimia pada malam tadi.

Iklan
Iklan

"Kerja pembersihan dan pemantauan masih giat dilakukan oleh pihak berwajib bagi memastikan keselamatan pengguna.

Kawasan kejadian yang menyaksikan insiden lori tangki membawa muatan bahan kimia terbalik di tempat kejadian malam tadi.
Iklan

"Pihak syarikat menasihatkan pengguna untuk terus mematuhi arahan petugas di lokasi," kata kenyataan itu.

Iklan

Katanya, untuk maklumat lebih lanjut, pengguna boleh mengikuti informasi terkini di laman rasmi media sosial ANIH Berhad di twitter @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur atau menghubungi talian LPT-Line di 1700 818 700 atau 09-547 9111 untuk sebarang pertanyaan.