SPRM junjung kasih keprihatinan Agong

Iklan

SHAH ALAM - Seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjunjung kasih terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan ucapan tahniah sempena sambutan hari ulang tahun agensi ini yang ke-53 pada 1 Oktober lalu.

SPRM dalam satu kenyataannya berkata, titah nasihat serta keprihatinan Seri Paduka terhadap usaha-usaha membanteras jenayah rasuah amat dihargai oleh warga SPRM dan rakyat.

Iklan
Iklan

"Warga SPRM berjanji akan terus memikul tanggungjawab dan tugas dengan baik dan penuh integriti seperti dititahkan.

"Warga SPRM turut mendoakan agar Seri Paduka berada dalam perlindungan ALLAH SWT dan dikurniakan kesihatan yang sempurna serta memerintah negara Malaysia dengan aman, makmur dan sejahtera,” kata kenyataan itu.

Iklan
Iklan