KPT digesa sedia pelan jangka panjang hadapi Covid-19, kata PKR

Iklan
Nik Nazmi Nik Ahmad

SHAH ALAM - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) digesa untuk menyediakan pelan atau kerangka jangka masa panjang bagi menjamin sektor pendidikan tetap bertahan dalam menghadapi cabaran wabak koronavirus (Covid-19) ini.

Jurucakap Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerangka ini boleh dijadikan asas kepada prosedur operasi standard (SOP) pada masa hadapan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, melalui langkah itu juga boleh dijadikan panduan untuk setiap institut pengajian tinggi (IPT) menyediakan pelan mereka sendiri sejajar dengan keperluan pedagogi setiap bidang pengajian yang berbeza.

"Pengumuman yang tidak jelas dan berubah-ubah mengelirukan orang ramai dan membawa kesan kewangan yang ketara kepada mereka yang terlibat.

Iklan

"Lebih-lebih lagi keadaan ekonomi hari ini yang meruncing dan ditambah pula dengan tamatnya moratorium bayaran pinjaman tempoh hari.

"Nasib pelajar IPT yang terpaksa berpatah balik atau terkandas akibat pembatalan pendaftaran kemasukan pada saat-saat akhir telah menimbulkan kemarahan orang ramai," katanya menerusi hantar di Facebooknya hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata, pihak berkuasa wajib mengambil tindakan agar masalah yang dihadapi tidak berlarutan atau berulang.

"Bagi keluarga yang kurang berada, anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti menjadi harapan untuk keluarganya memperbaiki keadaan sosio-ekonomi mereka tetapi ia juga datang dengan kos tertentu.

"Kita sepatutnya tidak menambah beban kewangan pelajar dengan keputusan di saat akhir dan kegagalan mewujudkan pelan pengurusan krisis yang mantap," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan supaya KPT menyediakan bantuan kewangan kepada mereka yang terkesan sama ada dari segi pembayaran balik kos perjalanan atau tambahan kepada Bantuan Prihatin yang sedia ada bagi mengurangkan beban keluarga yang berpendapatan rendah.

"Rebat yuran untuk tahun 2020 dan 2021 juga patut dipertimbangkan," katanya.