Penyerang Manchester City, Raheem Sterling tetap melabelkan pasukannya itu sebagai pasukan terbaik musim ini biarpun dilihat agak bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.
Penyerang berusia 25 tahun itu berkata, dia turut kagum dengan perancangan taktikal pasukan yang hingga berjaya mengikat Leeds United 1-1 di Elland Road awal pagi semalam biarpun tanpa menurunkan beberapa pemain utama.
Malah menurut Sterling kejayaan itu turut menggambarkan kesebelasan pemain sedia ada mampu menggalas tanggungjawab tanpa kehadiran pemain-pemain utama seperti Sergio Aguero, Gabriel Jesus dan Ilkay Gundogan.
"Kejayaan ini membuktikan City mampu melakar kejayaan walaupun tanpa pemain-pemain utama beraksi.
"Apa pun bagi saya ia satu perlawanan yang sukar; dari wisel permulaan sehinggalah ke wisel penamat kerana mereka (pemain Leeds United), sentiasa berada di mana-mana. Tahap tenaga mereka juga sangat mengagumkan, seolah-olah 11 pemain berada di belakang bola," katanya.
Pada perlawanan berkenan, Sterling menjaringkan gol sulung pada minit ke-17, sebelum penyerang The Peacocks, Rodrigo menyamakan kedudukan pada minit ke-59 akibat kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol The Citizens, Ederson.
Untuk jaringan Sterling pada perlawanan berkenaan menjadikan pemain kebangsaan England itu merekodkan 34 jaringan dalam semua pertandingan sejak saingan EPL musim lalu bermula.
Selain itu, Sterling turut menjaringkan lapan gol pembukaan di sepanjang musim; satu rekod yang hanya boleh dicabar oleh Danny Ings yang meledak 12 gol manakala bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang (sembilan gol).
"Bagi saya pasukan ini telah melakukan yang terbaik; dalam masa yang singkat. Kita telah melakukan sesuatu yang hebat.
"Oleh itu, saya menjangkakan setelah tamat tempoh rehat yang diberikan City seharusnya memiliki sebuah pasukan yang mantap dan sentiasa bersedia," katanya.