SHAH ALAM - Kerajaan Selangor melancarkan program Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan bagi membantu pelajar yang terjejas susulan keputusan saat akhir penangguhan pendaftaran secara fizikal dan bersemuka.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri melalui Kaukus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muda Selangor dengan kerjasama Team Selangor, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mahasiswa Keadilan dan Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia akan menyalurkan bantuan awalan kepada pelajar terlibat.