SEREMBAN - Polis menahan dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini selepas menerima laporan mengenai satu rakaman video yang memaparkan pergaduhan antara pelajar yang menjadi tular di media sosial semalam.
Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan polis susulan kejadian itu daripada seorang guru pada jam 11.28 pagi semalam.