Empat daerah berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual

Iklan
Sebanyak 309,605 akaun pengguna di 273 kawasan membabitkan empat daerah bakal berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual.

SHAH ALAM - Empat daerah iaitu Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang dijangka berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual susulan pencemaran air mentah di Sungai Semenyih.

Ketua Komunikasi Korporat, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elena Baseri, berkata, Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya berikutan daripada insiden pencemaran tersebut.

Iklan
Iklan

"Henti tugas loji ini dijangka akan menyebabkan 309,605 akaun pengguna di 273 kawasan bakal berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual.

"Air Selangor melaporkan insiden ini kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan tindakan untuk mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih sedang giat dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Menurutnya, Air Selangor juga sudah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menggiatkan bantuan kepada pengguna yang terjejas.

"Buat masa ini Air Selangor masih belum dapat menjangkakan tempoh masa operasi semula loji dan pemulihan bekalan.

Iklan

"Kita akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa menerusi semua medium," katanya.