HAJAT Leicester City untuk mengekalkan rentak positif saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak kesampaian apabila dibelasah West Ham United 3-0 pada aksi di Stadium King Power sebentar tadi.
Skuad Rodgers Brendan yang tampil dengan rekod bersih dalam tiga perlawanan sebelum ini terlebih dulu dikejutkan hasil jaringan Michail Antonio minit ke-14 sebelum Pablo Fornals menambah derita The Foxes dengan gol kedua pada minit ke-34.