Sinar Harian tawar wang tunai RM60,000

Iklan
Peraduan yang bertemakan Malaysia Indah akan berlangsung bermula esok hingga 29 November 2020 nanti.

Akhbar Sinar Harian menganjurkan Peraduan Sinar Harian Di Hatiku untuk menghargai para pembaca dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM60,000.

Selain berpeluang meraih wang tunai, pembaca juga bakal memenangi hadiah-hadiah iringan dan saguhati seperti motosikal, basikal, televisyen, kamera dron dan banyak lagi.

Iklan
Iklan

Peraduan berkenaan yang bertemakan Malaysia Indah akan berlangsung bermula esok hingga 29 November 2020 nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Group Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin berkata, peraduan itu dianjurkan sempena 14 tahun Sinar Harian berada di pasaran.

Iklan

"Pada saat seluruh dunia sedang tertekan dengan wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda, Sinar Harian berharap dengan adanya peraduan ini, ia akan memberikan sedikit kegembiraan kepada pembaca kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, setelah sekian lama tidak menganjurkan sebarang peraduan, Sinar Harian mengambil keputusan untuk menganjurkan peraduan itu. Sebelum ini setiap peraduan yang dianjurkan sering mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca. Beliau berkata, hadiah utama peraduan itu ialah wang tunai RM30,000, diikuti hadiah kedua wang tunai RM8,000 dan tempat ketiga wang tunai RM2,000 serta lima hadiah sagu hati bernilai RM1,000.

Iklan

Setiap pemenang akan turut membawa pulang hadiah iringan.

Selain hadiah utama berupa barangan menarik, Sinar Harian juga menyediakan pelbagai hadiah menarik lain kepada para pembaca yang menyertai peraduan yang berlangsung.

Farah memberitahu, peraduan itu juga dijangka diadakan kali kedua pada tahun 2021.

Syarat penyertaan

Menurut Farah, Sinar Harian menyasarkan pembaca dari seluruh Malaysia akan menyertai peraduan itu yang akan bermula hari ini sehingga peraduan berakhir pada akhir bulan November.

"Antara syarat untuk menyertai peraduan ini ialah ia terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Peserta perlu mengumpulkan dan meneka lima gambar berbeza daripada mana-mana 26 foto yang disiarkan sepanjang tempoh peraduan.

"Foto-foto tempat menarik di Malaysia disiarkan pada Isnin hingga Ahad dalam akhbar Sinar Harian dan Sinar Ahad,” katanya.

Tambahnya, setiap gambar-gambar yang dihantar perlu dikepilkan bersama borang peraduan asal yang disiarkan setiap hari untuk pembaca dan pembaca perlu melengkapkan slogan kreatif.

Setiap penyertaan wajib disertakan bersama lima kepala akhbar (masthead) Sinar Harian dan Sinar Ahad antara 1 Oktober hingga 29 November 2020. Penyertaan boleh dihantar bermula pada 12 Oktober 2020 dan perlu tiba ke alamat Sinar Harian sebelum 14 Disember 2020.

Beliau berkata, borang peraduan akan dikeluarkan tujuh hari setiap minggu.

Keseluruhan terdapat empat siri foto (satu siri ada tujuh foto) yang dibahagikan selama lapan minggu.

Selepas siri satu hingga empat disiarkan, ia akan diulang siar selama empat minggu lagi.

"Keputusan juri adalah muktamad dan kakitangan Kumpulan Karangkraf, Sinar Harian dan subsidiari tidak dibenarkan menyertai peraduan ini,” katanya.

Cara menyertai

Farah memberitahu, pembaca yang mahu menyertai peraduan itu perlu memastikan mereka mematuhi syarat dan cara yang betul.

"Mereka perlu bulatkan nama destinasi yang tepat berdasarkan gambar yang dipaparkan. Peserta perlu mengumpul lima gambar yang akan disiarkan dari hari Isnin hingga Ahad.

"Mereka perlu mengisi borang penyertaan dan lengkapkan slogan kreatif. Apabila telah cukup pusingan siri, peserta boleh menghantar penyertaan dari masa ke masa sehingga tarikh penyertaan tamat pada 14 Disember 2020,” katanya.

Pembaca masih boleh menyertai peraduan dalam siri berikutnya sepanjang lapan minggu peraduan dianjurkan.

Hargai pembaca media sosial

Sinar Harian juga turut menganjurkan Peraduan Klik Sinar Di Hatiku untuk pembaca media sosial.

Farah Hussamuddin berkata, mereka boleh menyertai peraduan itu tertakluk kepada terma dan syarat sinarharian/sinarplus www.sinarharian.com.my SinarHarianWebTV, SinarHarian dan SinarOnline.

"Sinar Harian menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM5,000 untuk tempat pertama, diikuti RM3,000 tempat kedua dan tempat ketiga iaitu RM2,000. Peraduan ini bermula 5 Oktober hingga 29 November 2020. Pemenang akan dinilai berdasarkan kreativiti foto dan kapsyen,” katanya.

Tambahnya, untuk menyertai peraduan itu, pembaca hanya perlu merakam gambar santai dengan keluarga atau rakan-rakan yang berkonsepkan Cuti-Cuti Malaysia bersama akhbar Sinar Harian.

"Mereka perlu memuat naik foto terbaik ke Facebook, Instagram atau Twitter. Pastikan akaun mereka tidak privasi. Like Facebook atau follow Instagram dan Twitter Sinar Harian. Mereka juga perlu sertakan kapsyen menarik dan hashtag wajib #sinarhariandihatiku,” katanya.