Arsenal akhirnya melupakan kekalahan 3-1 kepada Liverpool minggu lalu apabila bangkit menewaskan Sheffield United 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates sebentar tadi.
Kemenangan ketiga selepas mengharungi empat perlawanan itu menyaksikan skuad kendalian Mikel Arteta berkenaan kini melonjak ke tangga keempat liga dengan mengumpul sembilan mata.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun The Gunners terpaksa menunggu pertengahan babak kedua untuk meraih tiga mata bermula dengan dua gol pantas daripada Bukayo Saka pada minit ke-61 yang menanduk hantaran Hector Bellerin.
Selang beberapa minit kemudian giliran Nicolas Pepe mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-64.
Biarpun begitu The Blades kendalian Chris Wilder yang tidak mudah mengalah merapatkan jurang hasil jaringan David McGoldrick pada minit ke-83 untuk kedudukan 2-1.