Tun M mungkin bertanding PRU15

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad memberi gambaran berkemungkinan bertanding pilihan raya umum (PRU) akan datang selepas penyokongnya tidak bersetuju beliau bersara.

Menurut portal Free Malaysia Today, bekas Perdana Menteri itu berkata, hasrat beliau sebelum ini untuk tidak bertanding PRU15 telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokongnya.

Iklan
Iklan

"Mereka masih mahu saya kata, mahu bertanding. Memang betul kebanyakan orang yang berusia 95 tahun tak akan berfungsi. Saya bernasib baik kerana masih boleh aktif.

"Tetapi mereka tak fikir yang saya akan merosot bila semakin tua. Mereka lihat saya seperti saya sekarang. Jadi, mereka mahu saya sekurang-kurangnya, tidak kata tak akan bertanding,” ujar Ahli Parlimen Langkawi itu.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M tidak berhasrat tanding PRU pada usia 98 tahun

Dr Mahathir dalam temu bual bersama The Straits Times of Singapore turut menegaskan bahawa beliau tidak dapat berbaik dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana Muhyiddin telah meninggalkan prinsipnya dan menerapkan strategi yang sama seperti digunakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melemahkan semua pihak yang menentangnya.

Iklan

"Macam mana saya boleh terima Muhyiddin seperti itu?” Katanya.

Beliau menambah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu bekerjasama dengan Najib kerana ‘politik lebih penting daripada prinsip’.

Dalam pada itu, Mahathir mengakui bahawa beliau dan parti pembangkang lain tidak berada pada kedudukan untuk mencabar majoriti milik Muhyiddin di Parlimen kerana mereka berpecah mengenai isu calon Perdana Menteri.

"Ada ramai orang tentang Anwar Ibrahim. Sekiranya saya tidak diterima, ramai (penyokong) akan tarik diri supaya dia tak dapat majoriti.

"Sekarang dia dakwa dapat sokongan 20 hingga 30 ahli Parlimen, tetapi semua orang menafikannya,” kata Mahathir.

Beliau turut menolak pilihan raya kilat kerana tiada pihak yang akan mendapat mandat lebih kuat.

Menurutnya, masyarakat belum bersedia untuk memilih atas dasar isu substantif berikutan pergolakan politik beberapa bulan lalu dan akan membuat pilihan ‘bukan kerana parti itu bagus’ tetapi berdasarkan sentimen sejarah.

"Orang yang sama akan dipilih dan anda akan dapati, akan berlaku Parlimen tergantung atau majoriti yang sangat tipis.

"Macam sekarang, kalau tiga orang sakit perut dan tidak hadiri Parlimen, mereka akan jatuh. Kerajaan jenis apa macam itu?” kata beliau lagi.