Penduduk tak sempat simpan bekalan air

Iklan
Orang ramai beratur bagi menunggu giliran untuk mendapatkan bekalan air.

SUBANG - Ramai penduduk terlibat dengan gangguan air tidak berjadual yang bermula semalam mengakui tidak sempat menyimpan bekalan untuk kegunaan harian mereka.

Tinjauan Sinar Harian di Pusat Khidmat Setempat (PKS) USJ 4/5 mendapati kebanyakan penduduk kawasan itu beratur untuk mendapatkan bekalan air dengan membawa tong serta baldi.

Iklan
Iklan

Seorang penduduk di USJ 11, Bhupinder Singh, 36, berkata, air di rumahnya mula tiada sejak semalam dan mereka sekeluarga tidak sempat menyimpan bekalan ekoran notis terlalu singkat.

Bhupinder (kanan) bersama ibunya, Kalwant Kour,64, mengangkat tong bekalan air yang diambil di PKS USJ4/5, hari ini.

"Memang gangguan ini berpunca daripada pencemaran dan notis pemakluman juga dalam tempoh singkat.

Iklan

"Keadaan ini mengganggu urusan harian kami kerana tidak sempat menyimpan air dan gangguan seperti ini juga kerap berlaku di sini," katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, Bhupinder berkata, isu gangguan bekalan air tidak sepatutnya berlaku di kawasan berkenaan kerana Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bakal dinaik taraf status ke bandar raya.

Iklan

"Kawasan yang bakal berstatus bandar raya tidak sepatutnya masih berdepan gangguan bekalan air. Perkara ini sepatutnya sudah menjadi perhatian pihak berwajib," katanya.

Sementara itu, seorang penganjur kejohanan sukan, Suriati Mustapa, 50, berkata, beliau mengambil bekalan air dari lori tangki pada jam 5.30 pagi.

Suriati mengambil bekalan air di PKS USJ4/5 untuk kegunaannya bersama keluarga.

Suriati yang tinggal di sekitar USJ16 memberitahu, beliau turut membeli 10 karton air mineral untuk kegunaan harian keluarga di rumah.

Wanita itu turut mengeluh kerana masalah kerap berlaku sejak beliau tinggal di situ lebih 29 tahun lalu.

Chai Peng Lee, 49, pula berharap masalah pencemaran sungai di sekitar negeri ini dapat diberi perhatian serius berikutan berlaku beberapa kes sejak kebelakangan ini.

"Kita faham pencemaran ini disebabkan oleh pihak tak bertanggungjawab namun pemantauan lebih kerapa perlu dilaksana terutama di sungai berdekatan sempadan negeri ini," katanya.